Rabu, 7 Mei 2014

GOUT...JANGAN DIPANDANG REMEH!! TANDA,RAWATAN DAN PENCEGAHAN

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.



Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali menyerang kaum wanita sebelum putus haid.

tanda-tanda GOUT

  1. gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  2. ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  3. serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kera kali semalaman.
  4. sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  5. sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  6. sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  7. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


komplikasi

  1. asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan dipanggil 'tophi'
  2. dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk 'batu karang'.
  3. penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti: kegemukan, darah tinggi, hiperlipidia, diabetes



rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
-rawatan serangan akut.
-rawatan jangka masa panjang.
oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

pemakanan

elakkan dan kurangkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti:
  • organ dalaman ; hati,paru-paru,ginjal dan otak
  • ikan bilis, kembung dan sardin
  • daging cincang
  • ekstrak daging, ragi (seperti marmite) dan kiub rebusan daging
  • makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • peanuts, lentil, beans dan peas
  • poultry
  • roti jagung dan bijirin

pencegahan

1) rehatkan sendi semasa serangan gout

2) ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

3) boleh mengambil ubat steroid dalam bentuk pil atau suntikan tetapi hendaklah dipastikan setiap pengambilan ubat-ubatan ini adalah berdasarkan atas nasihat dan preskripsi doktor.

4) pengambilan suplemen kesihatan yang konsisten juga penting untuk membantu pencegahan penyakit gout daripada terus merebak atau menjadi semakin teruk.

5) pemakanan harian sangat penting untuk dititikberatkan kerana pemakanan adalah punca utama penyakit gout. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi purin yang tinggi.

6) mengawal berat badan juga penting di dalam mencegah gout. Hal ini kerana pesakit gout kebanyakannya daripada golongan yang mengalami berat badan berlebihan dan obesiti.

7) amalkan minum air putih atau air kosong dengan kerap paling kurang 8 gelas sehari. Elakkan dari minum minuman keras dan beralkohol.


benarkah penyakit Gout penyakit orang kaya???

tidak, penyakit gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, mereka yang kerap mengambil minuman beralkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.

Janganlah dipandang remeh terhadap penyakit gout kerana kesannya kelak akan memudaratkan diri sendiri dan orang sekeliling..
di sini saya ingin memperkenalkan suplemen yang sangat sesuai,selamat,tiada campuran bahan kimia,100% daripada bahan semulajadi dan insyaallah berkesan dengan berkat usaha dan doa tawakal dari kita sendiri iaitu suplemen kesihatan Set Gout daripada jenama Shaklee.

 fungsi-fungsi set gout shaklee:

alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan.
pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik baik 3-4 liter setiap hari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

omega guard - mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.

performance drink - memelihara dan mengimbangi paras air dalam badan supaya tidak mengalami dehidrasi. pesaki gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing.
air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik.
performance drink berfungsi untuk menggantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Bersama-sama kita membantu mencegah Gout dari menyerang diri kita dan orang yang tersayang..cegahlah selagi masih ada kesempatan..janganlah menunggu sehingga ia melarat baru kita hendak merawat,, ibarat kata perpatah sudah terhantuk baru nak terngadah..

mari lah hindari penyakit sebegini dari menyerang keluarga kita


kami pengedar sah suplemen Shaklee (ID: 1086944)
untuk pertanyaan dengan lebih lanjut call/sms/whatsapp kami di 0189559574.

salam kasih sayang dari saya Ibu Syaffiyah Azzahra.. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan