Isnin, 21 April 2014

Anugerah Terindah: Zahra Puteriku

jom kita berkenalan dengan si comell Zahra..


MY BIODATA (kata zahra hewhewhew)

nama: NUR SYAFFIYAH AZZAHRA BINTI NORSYAZWAN (panjang ea nama tu..hehe)

nickname: syafiya atau zahra

tarikh lahir: 28 Disember 2013 pada tepat jam 6 petang

tempat lahir: Hospital Umum Miri, Sarawak

berat lahir : 3.18kg

hobi: mengeliat sambil mengeluarkan bunyi & berendam dalam air

cita-cita: ..belom dapat dikesan..

makanan kegemaran: susu ibu yang asli

warna kegemaran: warna-warna terang

lagu kegemaran: lagu yang ibu nyanyi

perkara yang anda perlu tahu tentang Zahra... :
-nama Syaffiyah yang bermaksud penyembuhan/penawar adalah dipilih oleh aku dan suamiku manakala Azzahra yang bermaksud bunga/cantik ialah dipilih olen mak dan kakakku,,

-berat ketika umur sebulan ialah 4.7kg manakala berat ketika 2 bulan ialah 5.8kg..havoccc....

-suaranya sangat besar dan nyaring ketika menangis

-akan mengamuk dan merajuk jika lambat diberikan susu

-tidur malam di lengan ibu..(suka dipeluk)

-sudah pandai menegur seawal usia 30 hari

-excited sampai menjerit ketika berada dalam kereta.. (tahu nak jalan-jalan)

-selalu berjaga jam 5 pagi...subuh katanya...

-cucu ketujuh dalam family aku..dan cucu pertama buat family suamiku.. =)

-pengguna pampers Drypers, Huggies dan Whoopee..(mana yang ade promotion antara ketiga2 ni itu yang aku ambil haha..ketiga2 nya ok dan selamat untuk zahra..)

-akan cuba mengumpul koleksi Disney kerana papa nya peminat Disney..

-tidak suka meletakkan apa2 di kepala seperti topi,reben atau skarf..mesti merengek mintak dibuka huhu

-perkembangan terbarunya ialah menghisap tangan dan bajunya..emmmm...

-merupakan cucu pertama yang lebat rambutnya hehe..'rindok ati' kata orang tempatan tempat aku ni

-digelar 'baby Shaklee' oleh saudara-saudaraku kerana badannya yang bambam..

itu lah dia serba sedikit tentang profil diri Zahra Puteriku yang dapat aku kongsikan..nanti klu ade perkembangan terbaru tentang Zahra seperti dan pandai merangkak ke,,tumbuh gigi ke,,akan aku update dalam entry ini juga..
...semoga zahra menjadi anak yang solehah, yang akan membela nasib ibu dan papa di masa tua nanti, semoga akhlakmu seindah namamu,, semoga bicaramu seanggun wajahmu...doa darimu zahra diperlukan untuk ibu dan papa di akhirat kelak..ibu dan papa sayang zahra...





okey,,itu je la setakat ni..nanti bila bila ada masa aku upload lagi k gambar zahra mengikut perkembangannya,, readers doakan semoga kebahagiaan yang aku kecapi sekarang akan kekal bahagia hingga ke Jannah..aminnn..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan