sekarang dah pertengahan bulan APRIL..genap 115 hari usia puteriku..syukur alhamdulillah kerana aku telah diberi kesempatan dan peluang yang sangat berharga ini untuk melihat puteriku membesar di depan mataku dengan tanganku sendiri..inilah salah satu nikmat menjadi surirumahtangga sepenuh masa heheheee...
masih jelas lagi detik-detik terindah dalam hidupku yang x mungkin akan aku lupakan smpai bila2,,
saat2 aku bertarung nyawa untuk melahirkan puteriku ini memakan masa lebih kurang 5 jam...haaa kau,,5 jam kot aku dalam labour room tu..menanggung kesakitan kontraksi selang setiap 10 minit..fewhhh memang terbaik la rasa sakit dia..tercabut je tak pinggang aku dari badan ni huhu..
apa yang aku dapat kongsikan tentang kesakitan beranak ni..hmm sakit kontraksi atau orang tempatan aku sini panggil 'sulak' memang lagi sakit dan lebih sakit daripada saat2 kita nak meneran mengeluarkan baby,,itu yang aku rasa la,,tak tau la orang lain..pengalaman berbeza kan,,hee..
bermula daripada bukaan 2cm jam 1.15tengahari sampai pukul 5.50petang camtu x salah aku,,encik doktor datang cek bukaan..waktu dia jerit kat nurse "nurse standby,,dah 10cm,,dh rasa kepala baby ni.."
aku masa tu tengah sakit2 khayal (khayal sebab kena suntik ubat penahan sakit) pun terkejut rupanyer nak keluar dah pun baby..masa tu 3 orang yang uruskan aku,,doktor, nurse dan sister (ketua jururawat)..sambil2 mereka prepare barang untuk sambut baby sambil tu mereka suruh aku teran..
ni kan pengalaman pertama aku melahirkan anak..aku rasa masa tu rasa macam nak buang air besar di mana ingin membuang t**i yang amat2 besar..itu yang aku rasa..jadi aku cuma fikirkan nak be**k..teran macam nak be**k..tu je.. doktor nurse cakap aku pandai teran hehe,, itupun aku rasa disebabkan aku banyak baca info2 tentang cara melahirkan anak dan cara meneran dangan betul semasa aku mengandung..syukur alhamdulillah la kepada mereka2 yang berkongsi ilmu sebegini,,memang sangat2 membantu terutama kepada mereka yang melahairkan anak pertama,, tak sampai 10minit pun tak salah aku meneran dan baby pun keluar..alhamdulillah..masih lagi jelas terasa bagaimana rasanya apabila baby keluar hehe tak mungkin akan dilupakan rasa itu..
tepat jam 6.00petang, 28 Disember 2013..puteriku selamat keluar ke dunia seberat 3.18kg.. haaa kau,,bagi aku itu besar maa.. terutama untuk kelahiran pertama.. dan aku bangga dengan diri aku kerana berjaya melahirkan anakku secara normal walaupun pada asal perancangan para doktor yang aku kena bersalin secara ceaser atas faktor jantung baby lemah.. tapi siapa tahu kan perancangan Allah lagi besar dan lagi baik untuk kita,,kita hanya manusia hambanya yang mampu untuk merancang tapi Dia lah yang decide peangakhirannya bagaimana.. apa2 pun aku sangat bersyukur kerana semuanya selamat..dan of course pada ketika itu aku adalah seorang IBU...
...maksud ibu pada pendapat aku ialah wanita yang sudah merasakan bagaimana suka duka sakit nyaman melahirkan seorang zuriat di mana wanita tersebut berjuang dan mempertaruhkan nyawanya untuk zuriatnya keluar dengan selamat...
pada masa ni,,tentang diri sendiri semua tolak tepi..sakit ke..mati ke aku lepas ni..aku memang x kisah dah dengan diri aku yang penting baby aku selamat keluar.. masa doktor cakap yang aku kena ceaser tu..nangis2 aku cakap "buat la apa2 doktor,,saya x kisah dah..yang penting selamatkan baby saya.." rasa risau dengan keadaan baby aku dan bercampur lagi rasa sakit sulak aku tu huhu hanya Tuhan je tahu apa yang aku rasa masa tu.. dan sesungguhnya pengalaman melahirkan anak ni adalah pengalaman paling2 bernilai dan di situ kita nampak betapa besarnya kuasa Tuhan..
kelahirannya yang berwarna pink2 biru pucat,,sister cakap itu tandanya baby aku cukup oksigen.. suara tangisnya yang serak2 basah haha..itu pun normal,,aktif,,lagi kuat dia menangis lagi elok..bagus untuk mengepam paru2 nya..
matanya yang bulat..pipinya nya yang tembam,,rambutnya yang lebat panjang,,anggota tubuh badannya yang sempurna cukup la mengatakan yang anakku sihat sempurna..comelll..
aku masih ingat lagi bagaimana rupa anakku menangis terkial-kial di atas dadaku ketika itu..hehehe..bestnyeee...x tau mcm mana nak gambarkan perasaan gembiraku ketika itu,,
kepada readers yang dah bergear ibu akan faham apa yang aku rasa.. memang betul la cakap orang,,once kita tengok baby yg baru keluar memang automatik akan hilang semua rasa kesakitan sebelum melahirkan..dan itulah yang aku alami..
itu la sedikit pengalamanku yang dapat aku kongsikan tentang detik2 kelahiran puteriku tercinta..sikit je tu..kalau aku nak cerita lagi detail memang akan menjadi entry paling panjang la jawabnye hehe..
seronok sangat bila ade baby..terkena pulak dengan aku dan suami yang cintakan kanak2..
memang hari2 ku selepas itu sangat2 ceria..waktu cnfinement pun cergas bersemangat je.. tak letih mcm orang yang betol2 berpantang..cuci baju baby aku buat..jemur,,lipat,,mandikan baby pun aku buat..cuma mak aku je buat masa awal2 kelahirannya,,mungkin sebab aku excited dan teruja sangat2 dengan menyambut kelahiran puteri pertama ku ini.. baby tidur pun di tangan hehe,,kalau boleh aku tak nak lepaskan pun dari tangan aku..kalau boleh mata aku tak nak lari dari memandang nya,,sunguh indah ciptaanMu ya Allah,, =)
satu lagi rahsia aku kekal cergas bertenaga semasa tempoh confinement ni adalah disebabkan pemakanan dan supplemen yang diambil.. dari segi pemakanan kita memang perlu nasihat dan bimbingan daripada orang tua kita dan mereka yang berpengalaman..ikut je apa yang boleh dan x boleh..tahan je untuk tempoh 40 hari,,tempoh 40hari ni memang kena jaga betol2,,selain itu,,kena rajin membaca tentang info2 yang berkenaan..daripada membaca lah kita mendapat ilmu..sekarang ni senang je,,maklumat di hujung jari maa..tanya sama itu mr.google saja maa hehe..
suplemen yang aku ambil semestinya set berpantang Shaklee.. kenapa set berpantang shaklee menjadi pilihan aku?? yang ini bakal dikongsikan dalam entry akan datang..memang terbaekk..daebakk kata orang korea haha
so kalian semua..entry kali ni aku memang khaskan untuk detik2 aku melahirkan si comel puteriku je la ye..next entry insyallah aku share serba sedikit profil puteri pertamaku..kalau nak sekali kan dalam satu entry agak serabut sikit..takpe make it slowly,,simple but nice to see and read.. =)
jom cuci mata tengok gambar puteri comelku..special dedicated untuk you all.. =D
haaa..gambar atas ni gambar baby aku baru je setengah jam dilahirkan..masa ni aku masih lagi menerima rawatan dalam labour room..so baby aku diseludup sekejap oleh kakak aku..gambar ni diambil oleh mak dan kakak aku,, (kakak aku staffnurse di hospital tersebut)
..oh how i really miss this moment..
gambar di bawah ni adalah puteriku sekarang..antara the latest photo of her..
..ibu sayang awak sangat2..
semoga dengan gambar si comel di atas bukan sahaja mencucikan mata kita tetapi juga dapat mencucikan hati kita sebagai hamba Allah tentang salah satu bukti keajaiban dan kebesaran Tuhan semesta alam yang sangat berkuasa terhadap setiap kejadian..








Tiada ulasan:
Catat Ulasan