Isnin, 21 April 2014

Anugerah Terindah: Zahra Puteriku

jom kita berkenalan dengan si comell Zahra..


MY BIODATA (kata zahra hewhewhew)

nama: NUR SYAFFIYAH AZZAHRA BINTI NORSYAZWAN (panjang ea nama tu..hehe)

nickname: syafiya atau zahra

tarikh lahir: 28 Disember 2013 pada tepat jam 6 petang

tempat lahir: Hospital Umum Miri, Sarawak

berat lahir : 3.18kg

hobi: mengeliat sambil mengeluarkan bunyi & berendam dalam air

cita-cita: ..belom dapat dikesan..

makanan kegemaran: susu ibu yang asli

warna kegemaran: warna-warna terang

lagu kegemaran: lagu yang ibu nyanyi

perkara yang anda perlu tahu tentang Zahra... :
-nama Syaffiyah yang bermaksud penyembuhan/penawar adalah dipilih oleh aku dan suamiku manakala Azzahra yang bermaksud bunga/cantik ialah dipilih olen mak dan kakakku,,

-berat ketika umur sebulan ialah 4.7kg manakala berat ketika 2 bulan ialah 5.8kg..havoccc....

-suaranya sangat besar dan nyaring ketika menangis

-akan mengamuk dan merajuk jika lambat diberikan susu

-tidur malam di lengan ibu..(suka dipeluk)

-sudah pandai menegur seawal usia 30 hari

-excited sampai menjerit ketika berada dalam kereta.. (tahu nak jalan-jalan)

-selalu berjaga jam 5 pagi...subuh katanya...

-cucu ketujuh dalam family aku..dan cucu pertama buat family suamiku.. =)

-pengguna pampers Drypers, Huggies dan Whoopee..(mana yang ade promotion antara ketiga2 ni itu yang aku ambil haha..ketiga2 nya ok dan selamat untuk zahra..)

-akan cuba mengumpul koleksi Disney kerana papa nya peminat Disney..

-tidak suka meletakkan apa2 di kepala seperti topi,reben atau skarf..mesti merengek mintak dibuka huhu

-perkembangan terbarunya ialah menghisap tangan dan bajunya..emmmm...

-merupakan cucu pertama yang lebat rambutnya hehe..'rindok ati' kata orang tempatan tempat aku ni

-digelar 'baby Shaklee' oleh saudara-saudaraku kerana badannya yang bambam..

itu lah dia serba sedikit tentang profil diri Zahra Puteriku yang dapat aku kongsikan..nanti klu ade perkembangan terbaru tentang Zahra seperti dan pandai merangkak ke,,tumbuh gigi ke,,akan aku update dalam entry ini juga..
...semoga zahra menjadi anak yang solehah, yang akan membela nasib ibu dan papa di masa tua nanti, semoga akhlakmu seindah namamu,, semoga bicaramu seanggun wajahmu...doa darimu zahra diperlukan untuk ibu dan papa di akhirat kelak..ibu dan papa sayang zahra...





okey,,itu je la setakat ni..nanti bila bila ada masa aku upload lagi k gambar zahra mengikut perkembangannya,, readers doakan semoga kebahagiaan yang aku kecapi sekarang akan kekal bahagia hingga ke Jannah..aminnn..




Anugerah Terindah : detik-detik kelahiran puteriku

assalamualaikum wbt readers..
sekarang dah pertengahan bulan APRIL..genap 115 hari usia puteriku..syukur alhamdulillah kerana aku telah diberi kesempatan dan peluang yang sangat berharga ini untuk melihat puteriku membesar di depan mataku dengan tanganku sendiri..inilah salah satu nikmat menjadi surirumahtangga sepenuh masa heheheee...

masih jelas lagi detik-detik terindah dalam hidupku yang x mungkin akan aku lupakan smpai bila2,,
saat2 aku bertarung nyawa untuk melahirkan puteriku ini memakan masa lebih kurang 5 jam...haaa kau,,5 jam kot aku dalam labour room tu..menanggung kesakitan kontraksi selang setiap 10 minit..fewhhh memang terbaik la rasa sakit dia..tercabut je tak pinggang aku dari badan ni huhu..
apa yang aku dapat kongsikan tentang kesakitan beranak ni..hmm sakit kontraksi atau orang tempatan aku sini panggil 'sulak' memang lagi sakit dan lebih sakit daripada saat2 kita nak meneran mengeluarkan baby,,itu yang aku rasa la,,tak tau la orang lain..pengalaman berbeza kan,,hee..

bermula daripada bukaan 2cm jam 1.15tengahari sampai pukul 5.50petang camtu x salah aku,,encik doktor datang cek bukaan..waktu dia jerit kat nurse "nurse standby,,dah 10cm,,dh rasa kepala baby ni.."
aku masa tu tengah sakit2 khayal (khayal sebab kena suntik ubat penahan sakit) pun terkejut rupanyer nak keluar dah pun baby..masa tu 3 orang yang uruskan aku,,doktor, nurse dan sister (ketua jururawat)..sambil2 mereka prepare barang untuk sambut baby sambil tu mereka suruh aku teran..

ni kan pengalaman pertama aku melahirkan anak..aku rasa masa tu rasa macam nak buang air besar di mana ingin membuang t**i yang amat2 besar..itu yang aku rasa..jadi aku cuma fikirkan nak be**k..teran macam nak be**k..tu je.. doktor nurse cakap aku pandai teran hehe,, itupun aku rasa disebabkan aku banyak baca info2 tentang cara melahirkan anak dan cara meneran dangan betul semasa aku mengandung..syukur alhamdulillah la kepada mereka2 yang berkongsi ilmu sebegini,,memang sangat2 membantu terutama kepada mereka yang melahairkan anak pertama,, tak sampai 10minit pun tak salah aku meneran dan baby pun keluar..alhamdulillah..masih lagi jelas terasa bagaimana rasanya apabila baby keluar hehe tak mungkin akan dilupakan rasa itu..

tepat jam 6.00petang, 28 Disember 2013..puteriku selamat keluar ke dunia seberat 3.18kg.. haaa kau,,bagi aku itu besar maa.. terutama untuk kelahiran pertama.. dan aku bangga dengan diri aku kerana berjaya melahirkan anakku secara normal walaupun pada asal perancangan para doktor yang aku kena bersalin secara ceaser atas faktor jantung baby lemah.. tapi siapa tahu kan perancangan Allah lagi besar dan lagi baik untuk kita,,kita hanya manusia hambanya yang mampu untuk merancang tapi Dia lah yang decide peangakhirannya bagaimana.. apa2 pun aku sangat bersyukur kerana semuanya selamat..dan of course pada ketika itu aku adalah seorang IBU...
...maksud ibu pada pendapat aku ialah wanita yang sudah merasakan bagaimana suka duka sakit nyaman melahirkan seorang zuriat di mana wanita tersebut berjuang dan mempertaruhkan nyawanya untuk zuriatnya keluar dengan selamat...
pada masa ni,,tentang diri sendiri semua tolak tepi..sakit ke..mati ke aku lepas ni..aku memang x kisah dah dengan diri aku yang penting baby aku selamat keluar..  masa doktor cakap yang aku kena ceaser tu..nangis2 aku cakap "buat la apa2 doktor,,saya x kisah dah..yang penting selamatkan baby saya.." rasa risau dengan keadaan baby aku dan bercampur lagi rasa sakit sulak aku tu huhu hanya Tuhan je tahu apa yang aku rasa masa tu.. dan sesungguhnya pengalaman melahirkan anak ni adalah pengalaman paling2 bernilai dan di situ kita nampak betapa besarnya kuasa Tuhan..

kelahirannya yang berwarna pink2 biru pucat,,sister cakap itu tandanya baby aku cukup oksigen.. suara tangisnya yang serak2 basah haha..itu pun normal,,aktif,,lagi kuat dia menangis lagi elok..bagus untuk mengepam paru2 nya..
matanya yang bulat..pipinya nya yang tembam,,rambutnya yang lebat panjang,,anggota tubuh badannya yang sempurna cukup la mengatakan yang anakku sihat sempurna..comelll..
aku masih ingat lagi bagaimana rupa anakku menangis terkial-kial di atas dadaku ketika itu..hehehe..bestnyeee...x tau mcm mana nak gambarkan perasaan gembiraku ketika itu,,
kepada readers yang dah bergear ibu akan faham apa yang aku rasa.. memang betul la cakap orang,,once kita tengok baby yg baru keluar memang automatik akan hilang semua rasa kesakitan sebelum melahirkan..dan itulah yang aku alami..

itu la sedikit pengalamanku yang dapat aku kongsikan tentang detik2 kelahiran puteriku tercinta..sikit je tu..kalau aku nak cerita lagi detail memang akan menjadi entry paling panjang la jawabnye hehe..
seronok sangat bila ade baby..terkena pulak dengan aku dan suami yang cintakan kanak2..
memang hari2 ku selepas itu sangat2 ceria..waktu cnfinement pun cergas bersemangat je.. tak letih mcm orang yang betol2 berpantang..cuci baju baby aku buat..jemur,,lipat,,mandikan baby pun aku buat..cuma mak aku je buat masa awal2 kelahirannya,,mungkin sebab aku excited dan teruja sangat2 dengan menyambut kelahiran puteri pertama ku ini.. baby tidur pun di tangan hehe,,kalau boleh aku tak nak lepaskan pun dari tangan aku..kalau boleh mata aku tak nak lari dari memandang nya,,sunguh indah ciptaanMu ya Allah,, =)
satu lagi rahsia aku kekal cergas bertenaga semasa tempoh confinement ni adalah disebabkan pemakanan dan supplemen yang diambil.. dari segi pemakanan kita memang perlu nasihat dan bimbingan daripada orang tua kita dan mereka yang berpengalaman..ikut je apa yang boleh dan x boleh..tahan je untuk tempoh 40 hari,,tempoh 40hari ni memang kena jaga betol2,,selain itu,,kena rajin membaca tentang info2 yang berkenaan..daripada membaca lah kita mendapat ilmu..sekarang ni senang je,,maklumat di hujung jari maa..tanya sama itu mr.google saja maa hehe..
suplemen yang aku ambil semestinya set berpantang Shaklee.. kenapa set berpantang shaklee menjadi pilihan aku?? yang ini bakal dikongsikan dalam entry akan datang..memang terbaekk..daebakk kata orang korea haha

so kalian semua..entry kali ni aku memang khaskan untuk detik2 aku melahirkan si comel puteriku je la ye..next entry insyallah aku share serba sedikit profil puteri pertamaku..kalau nak sekali kan dalam satu entry agak serabut sikit..takpe make it slowly,,simple but nice to see and read.. =)

jom cuci mata tengok gambar puteri comelku..special dedicated untuk you all.. =D
haaa..gambar atas ni gambar baby aku baru je setengah jam dilahirkan..masa ni aku masih lagi menerima rawatan dalam labour room..so baby aku diseludup sekejap oleh kakak aku..gambar ni diambil oleh mak dan kakak aku,, (kakak aku staffnurse di hospital tersebut)
..oh how i really miss this moment..






gambar di bawah ni adalah puteriku sekarang..antara the latest photo of her..
..ibu sayang awak sangat2.. 


semoga dengan gambar si comel di atas bukan sahaja mencucikan mata kita tetapi juga dapat mencucikan hati kita sebagai hamba Allah tentang salah satu bukti keajaiban dan kebesaran Tuhan semesta alam yang sangat berkuasa terhadap setiap kejadian..











Selasa, 8 April 2014

ALFALFA COMPLEX 'Raja Segala Tumbuhan' 1001 manfaat


salam readers..hope kalian semua well2 hehe..
macam biasa dalam 10minit ni aku nak jadi pakar kesihatan+pemakanan hehe..bukan ape,,nak berkongsi maklumat dan info yang berguna untuk rakyat Malaysia juga supaya kita sama2 berada di dalam kesedaran untuk memandang dengan lebih berat lagi tentang kesihatan masing2..
semua cakap nak hidup lama tapi tak juga nak mengamalkan gaya hidup sihat..tak juga nak mengambil pemakanan seimbang..penat2 je orang cipta piramid makanan ye..hmm paling tak best nye kita kurang kesedaran dan pendedahan tentang betapa pentingnya pengambilan supplement atau makanan tambahan dalam kehidupan seharian kita termasuklah diri aku sendiri..sedehhh.. =(
tapi ingat,,kita kena berusaha untuk kekal sihat ibarat kita akan hidup selama-lamanya dan sentiasa beribadah ibarat kita akan mati esoknya..ajal maut rezeki jodoh semua di tangan Tuhan..

ok readers,,dalam entry kali ni aku nak bercakap dan berkongsi tentang ALFALFA.. aku kalau bukan kerana kaji pasal Shaklee memang aku tak kenal alfalfa ni walaupun ia sejenis nama tumbuhan..al maklumlah,,masa sekolah dulu aku memang pelajar cemerlang subjek sains hehehe.. =P

ALFALFA SHAKLEE..apakah ia????
alfafa shaklee diperbuat daripada tanaman Alfalfa (medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.
alfalfa juga dikenali sebagai 'Raja Segala Tumbuhan'
ni la dia tumbuhan yang bernama ALFALFA atau nama saintifiknya medicago sativa


kelebihan dan kebaikan Alfalfa Complex Shaklee yang utama:

  • mencuci hati,darah dan usus - merupakan makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit serta otot
  • melawan alahan - memperbaiki hidung yang sencitif, kurap, bau badan dan ulat air 
  • menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tnggi
  • melawan tumor - dengan memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu membantu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor
  • melegakan keletihan - melegakan keletihan serta sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • mencegah / merawat atritis - melegakan sakit atritis (sakit sendi)
kelebihan alfalfa complex yang lain:
  1. membantu merawat gangguan pencernaan
  2. mengawal kolesterol dalam darah
  3. menghapuskan kolesterol buruk 'LDL' dari dalam tubuh
  4. mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  5. bagus untuk pesakit diabetes kerana membantu mengurangkan paras gula dalam darah
  6. mencegah edema (pengumpulan air dalam badan)
  7. mengurangkan sistem monopous
  8. merawat asma dan lain2 masalah pernafasan
  9. merawat masalah sembelit
  10. menghalau toksin dari tubuh
  11. mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  12. meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  13. membantu menyelesaikan masalah penghadaman
  14. membantu memperbanyakkan susu ibu (milk booster)
  15. mengurangkan masalah pundi kencing
  16. mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  17. meningkatkan kesihatan prostat
  18. bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  19. menghangatkan hubungan suami isteri
  20. membantu tingkatkan kesihatan lelaki

haaa korang..1001 khasiat alfalfa,,sesuai engan gelarannya raja segala tumbuhan..
semua golongan sesuai untuk mengambil alfalfa ni,,tiada pantang larang,,
alfalfa akan diambil 6-10 biji sehari contohnya 3 biji waktu pagi 3 biji malam..yang wajibnya kena minum banyak air..ambil apa2 vitamin pun memang kena minum banyak air kerana air membantu dengan cepat proses neutralisasi vitamin di dalam tubuh badan kita..


yang famousnya alfalfa ni diambil oleh mereka2 yang ingin mengurangkan berat badan dan juga para2 ibu yang sedang menyusukan bayi agar susu menjadi lebih meriah,,selalunya diambil bersama ESP Shaklee untuk mendapat hasil susu yang lumayan.. =D

so,,berminat dengan alfalfa..kalian boleh dapatkan dari aku,,ready stok sentiasa ada untuk kalian..

sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee atau berminat ingin menjadi ahli?? 
silalah hubungi kami di talian 018-9559574 (call,sms,whatsapp,wechat)


ESP adalah produk Shaklee yang High Demand..kenapa eh??

salam readers..entry kali ni aku nak kongsikan pasal produk shaklee feveret aku merangkap minuman feveret aku iaitu ENERGIZING SOY PROTEIN atau lebih famous dengan panggilan ESP..

ok,,ada apa istimewanya dengan ESP ni sehinggakan ESP adalah salah satu produk Shaklee yang high demand.. pernah tak kalian dengar jika seseorang itu sudah merasa kebaikan sesuatu produk pastinya akan kekal setia bersama produk tersebut..

jika kalian adalah seseorang yang mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA setiap hari, ESP Shaklee adalah jawapan kepad soalan anda selama ini,,


JOM KITA BERKENALAN DENGAN ESP.. =)
ESP adalah protein soya yang berkualiti tinggi,,didatangkan dalam satu balang berbentuk serbuk/powder..macam tepung susu..tapi bukan susu..tapi tepung soya..
ESP digalakkan pengambilan oleh ibu yang menyusukan bayi macam aku hehe kerana ESP membekalkan sumper protein yang penting kepada susu ibu dan membantu pembentukan sel dalam susu ibu..sebab itu ESP dipanggil milk booster..
kenapa ESP dikaitkan kepada kecantikan kulit?? kerana ESP berasaskan kacang soya yang berkualiti tinggi dan protein soya tersebut dapat membantu membaik pulih sel2 kulit kita..sebab tu orang cakap kalau nak putih,,kerap la minum soya kan hehe..
Shaklee juga menggalakkan pengambilan ESP untuk mendapatkan tubuh yang langsing..(ESP termasuk dalam set kurus)..kenapa? kerana ESP membantu membekalkan sumber protein yang cukup untuk mengenyangkan kita..apa kata kalian cuba mengambil ESP sahaja sebagai sarapan pagi ..pasti kalian akan merasa kenyang dalam tempoh 2-3 jam..di sini lah ia berfungsi sebagai membantu melangsingkan badan kerana kita tidak perlu mengambil apa2 makanan di mana makanan tersebut nanti sebahagiannya akan bertukar menjadi lemak hehe..

kelebihan lain ESP:

  • membantu pembentukan sel-se baru
  • terbaik untuk idividu yang berada di dalam proses pemulihan selepas pembedahan
  • terbaik untuk kesihatan kulit dan rambut
  • membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. so, kalian boleh share dengan anak berumur 1 tahun ke atas juga boleh share dengan seisi keluarga
  • memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam prose mengurangkan berat badan
ESP sesuai untuk semua golongan lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, ibu berpantang, peakit diabetes, yang berdiet dan yang ingin menambah tenaga..
TETAPI esp dikecualikan kepada individu yang mengalami masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein

ingat ye,, 25% daripada tubuh manusia adalah dibina daripada sumber protein..contohnya kuku,kulit dan otot-otot adalah berasal daripada protein..

sedap ke ESP ni?? dah aku bilang ESP ni minuman feveret aku..memang aku jamin ia sedap..rasa esp ni mild soya..aku selalu campur dengan milo atau susu segar..sedappp..kalau tak percaya boleh cuba..
kepada kalian yang sukar menerima rasa soya, boleh cuba campurkan dengan milo,horlick atau buah buahan..kalau campur buah tu kenalah dikisar jawabnye,,contohnya carrot + esp..jadilah jus carrot esp hehe.. ni aku kongsikan salah satu resipi minuman enak ESP iaitu susu segar ESP.. kalian campurkan 250ml susu segar dengan dua sudu makan penuh ESP..pastu kisarkan bersama..jadilah mcm mikshake hehe..sedappp u..cubalah k.. =D


satu perkara lagi,,ESP ni JANGAN DIBANCUH DENGAN AIR PANAS..kerana untuk mengelakkan kehilangan protein dan sumber nutrisinya. TAHUKAH KALIAN PROTEIN SANGAT MUDAH TERMUSNAH APABILA DIKENAKAN SUHU TINGGI? contohnya anda goreng ikan,,berapa banyak protein yang tinggal dalam ikan tersebut?? kita tidak tahu kan..
so, jom lah kita sama2 ambil ESP sebagai sumber protein yang lebih berkualiti. jangan risau,,semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat..boleh semak di sini ESP SHAKLEE.

banyak dah pengguna shaklee yang sudah merasa kebaikan ESP ni,,ada yang kata parut jerawat makin pudar,kulit makin gebu,rambut kurang gugur dah,susu badan makin meriah..macam2 lah..tetapi bagi aku mestilah aku cakap susu aku meriah,,anak adalah keutamaan aku..kesan lain pada diri aku ialah aku semakin bertenaga..kurang lelah..(aku adalah pesakit asma tegar)..


jadi,,tak salah kalau mencuba sesuatu yang akan membawa kebaikan bersama..bendenya selamat dan berkesan..insyaallah =) 
kat rumah ni mak aku share esp dengan aku,,dia cakap sedappp hehe

so nak tanya apa2 pasal produk shaklee ke,,nak jadi member ke..direct CALL/SMS/WHATSAPP/WECHAT aku di 
018-9559574..
insyaallah aku akan bantu..
ready stok sentiasa available.. =D

jom layan lagu firman hatimu batu,,aku suka dengar walaupun ade orang cakap lagunye mengantuk...zzzz

Ahad, 6 April 2014

DUNIA..bantulah mereka...

kurangnya pendedahan dengan isu2 semasa..kurangnya kesedaran dalam etika kemanusiaan,,terlalu pentingkan diri..adakah semua ini sebab mengapa aku tidak mengambil tahu tentang nasib saudara2 aku di sana? ya Allah..ampunkan aku..sesungguhnya aku adalah hambamu yang penuh dosa..aku bersyukur di atas nikmat kehidupan dan rezeki yang engkau berikan kepadaku selama ni..selamatkanlah dan lindungilah hamba2mu yang beriman ya Allah..sesungguhnya engkau tidak akan menguji kami hambamu di luar kemampuan kami..

readers semua..tak kisah yang muslims atau non-muslims,,atas dasar kemanusiaan..bukalah mata hati kita sama2 untuk menyelami apa yang dirasakan saudara2 kita yang ditindas,,difitnah,,aleh konco2 Dajjal..

tak ada apa lagi yang aku mampu bicarakan..biarlah gambar berbicara..biarlah rakaman video membuktikan kekejaman dunia.. sebagai manusia yang berhati mulia,,ayuhlah kita semua sama2 bersatu membantu meringankan lagi derita mereka..doa daripada kit semua pun sudah mencukupi untuk mereka..

so di sini aku bagi link facebook Aqsa Syarif ..nak tanya..nak tolong,,nak lihat apa yang mereka kongsikan yang kita tak dapat lihat di CNN..direct la hubungi mereka..
klik sini --> AQSA SYARIF

-video bawah ni pasal gas kimia beracun yang dilepaskan sehingga membunuh ratusan wanita dan kanak2 di syria tahun lepas.. ='(
banyak lagi video kekejaman yang terbaru..boleh update di youtube..




Rabu, 2 April 2014

Jom OsteMatrix..!!!

ostematrix shaklee: si kalsium serbaboleh

assalamualaikum readers..
kali ini aku nak kongsikan tentang betapa pentingnya kalsium di dalam tubuh badan kita.. bila sebut kalsium automatik aku akan samakan ia dengan pembinaan tulang..menguatkan gigi.. tetapi bila aku kaji lebih lagi pasal kalsium rupa-rupanya ia adalah salah satu sumber yang penting untuk tubuh badan manusia selain daripada protein. itu lah yang dialami oleh aku semasa sedang mengandung sebelum ni..masalah kekejangan dan itu juga dialami oleh mak bapak aku sekarang iaitu masalah sakit-sakit sendi..selalu je complain sakit lutut,,susah berdiri lama..berjalan pun lambat..

aku diperkenalkan dengan suplement ostematrix shaklee ketika usia kandungan 7 bulan..alhamdulillah kekejangan memang takde dah lepas tu..nampak sangat aku kekurangan kalsium waktu tu..yela,,baby untuk membesar dalam perut memang akan mengambil sel-sel darah dan tulang dari tubuh badan kita..sebab tu perempan mengandung sangat lah diwajibkan mengambil kalsium lebih sama ada melalui minum susu ke atau mengambil pil kalsium..

mak bapak aku pulak complain selalu sakit2 urat..sendi bagai..biasalah orang tua..mungkin sekarang mereka sedang mengalami fasa osteoporosis(pereputan tulang)..ok,,apa yang aku tahu semakin meningkatnya usia seseorang itu..semakin tinggi risiko seseorang tersebut mengalami kereputan tulang..itu memeang betul la..sebab tu orang dewasa digalakkan mengamalkan minum susu untuk mendapat bekalan kalsium yang cukup supaya risiko osteoporosis dan masalah2 sendi yang bakal terjadi akan berkurang.. mak bapak aku tak berapa suka minum susu,,so aku kenalkn diorang dengan ostematrix shaklee ni..sekarang hampir 2 minggu dah mereka menjadi pengguna ostematrix tu..aku sekadar memerhati..taknak tanya dulu melainkan mereka yang menyatakan perbezaan dalam diri mereka...dan statement positif yang aku dapat baru2 ni iaitu mak aku rasa ringan ketika berjalan dan kurang sakit di lutut sejak kebelakangan ni hehehehe...takpe2,,aku suruh dia teruskan je sampai sebulan..kita sama2 tengok perubahan yang macam mana tu..

ni satu kes lagi saudara aku..saudara aku ni umur 40tahun..alhamdulillah rezeki dia telah disahkan mengandung (sekarang dah nak bersalin..tunggu hari je lagi =D )..semasa di awal kehamilan dia ni..ketika usia kandungan 4 bulan..dia mengalami sembelit yang teruk..ok,,untuk orang mengandung,,mereka tak boleh makan pil2 kesihatan sembarangan tau.,takut effect kat diri dan baby diorang.. aku suggest dia ambil ostematrix shaklee ni,,(ostematrix ialah sejenis sulemen yang selamat untuk wanita hamil).alhamdulillah juga dia dapat mengatasi masalah sembeit dia masa tu dan meneruskan pengambilan ostematrix sepanjang tempoh mengandung.. aku pun terfikir,,yela saudara aku umurnya dh 40tahun..mengandung pulak tu..di usia maam ni la masalah osteoporosis kerap enyerang wanita..ditambah lagi sedang berbadan dua..memang la bayi akan mengambil kalsium dari badan ibunya..so,,untuk kesihatan bersama,,kepada wanita2 hamil di luar sana pastikan anda mengambil kalsium yang cukup ok..

KELEBIHAN OSTEMATRIX & SESUAI UNTUK;




*Ibu yang mengandung-membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

*Ibu yang menyusu-membantu pengeluaran susu dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

*Wanita-membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis)

*Pekerja yang sering keletihan-membantu kekal bertenaga dan bersemangat

*Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki,mudah kejang, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.

*Seorang yang mudah stress, ada masalah water retention,sembelit dan pra haid

*Sakit kepala yang teruk dan berhari2.

*Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.

*Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.

*Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu. 

*Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

*Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.

*Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.



mari sini readers aku nak share dari tok guru aku ni pasal kalsium..

:



Pelbagai kesan  yang perlu di ambil sekiranya anda mengalami kekurangan kalsium...
Antara kesan nya yang terdapat ialah masalah kekejangan, masalah imsomnia, masalah gigi reput (tulang pun reput), dan masalah terbantut tumbesaran.
Untuk mencegah nya dari kekurangan kalsium, anda bole mengambil ostematrix shaklee...sangat baik untuk kesihatan anda.
Beberapa testimonial yang saya sendiri dengar setelah keluarga dan rakan2 mengamalkan ostematrix ini. Antara nya:
1) sembelit berkurangan.
2) sendi3 yang sering sakit pulih
3) ibu menyusu semakin bertenaga ketika menyusukan anak.
4) yang sering letih dan lesu apabila bangun di pagi hari tidak merasa letih dan lesu.
Jadi di sini....banyak faedah jika kita mengambil ostematrik shaklee.....Faedah-faedahnya ialah:
1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik
haa..korang tengok,seram juga bila teringat tulang reput bagai ni..aku masih nak kuat bertenanga sebab aku ada baby comel yang perlu dibesarkan di depan mata aku..(motivasi diri sendiri sikit haha)
thank you very much and credit to kak farhana marzukie untuk maklumat yang dikongsikn..
so tidak salah kita mencuba bersama2 sesuatu yang akan memberi kebaikan kepada diri sendiri..
kalau kalian berminat untuk mencuba ostematrix ni atau ingin hadiahkan untuk orang tersayang jom dapatkan dari aku,, pengedar sah supplemen shaklee.. (ID:1086944)
ready stok sentiasa available.. =)
pm,whatsapp,wechat di 018-9559574