Isnin, 24 Mac 2014

Siapakah dia Shaklee?

assalamualaikum wbt readers..

sehari hari ni aku terfikir yang readers semua tahu ke tak apa itu Shaklee ? hehe sorry la kat semua kalau sebelum ni aku asyik shaklee shaklee je tp tak kenalkan apa Shaklee tu.. takpe2,,dalam catatan kali ni aku kongsikan ye serba sedikit pasal shaklee ni..

Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee. 
Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.
(sumber: website Shaklee Malaysia)

perenggan atas ni pasal sejarah shaklee di malaysia lah ye.. tapi apa yang membuatkan aku sangat2 tertarik dengan supplement jenama shaklee ni ialah pengasasnya iaitu Dr. Forres C. Shaklee telah mencipta vitamin pertama di dunia iaitu multivitamin dan di situlah terciptanya perkataan 'vitamin' melalui vitalised mineral'. Multivitamin pertama itu yang kini lebih dikenali sebagai Vitalea di dalam pasaran shaklee adalah supplement yang mengandungi 30 nutrisi lengkap untuk setiap tablet yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA (Recommended Dietary Allowance). haaa..dah namanya multivitamin memang macam2 la khasiat yang terdapat di dalamnya. bukan itu saje,, Dr.Shaklee ni percaya yang alam semulajadi ni adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif. sebab tu la setiap supplement shaklee adalah berasaskan 100% bahan semulajadi dan bahan organik. kerana itu juga lah Shaklee sangat2 yakin yang produk kesihatan ni 100% selamat dan terjamin. 

so readers..harap cerah sudah la ye pasal Shaklee ni..kalau ade ketidakpuasan hati boleh la direct tanya kat aku..kat bawah ni ade no.hp aku..kalau segan silu nak tanya aku boleh la tanya mr.Google ye..kat situ nanti mmg nampak la betapa popularnya Dr.Shaklee hehe.. ade lagi aku nak kongsikan pasal shaklee ni,,takpe di entry akan datang insyaallah aku kongsikan lagi..

shaklee ID: 1089644 (pengedar sah shaklee okey..)
no hp : 018-9559574 
*berminat join jadi member Shaklee pun aku boleh bantu,sama2 kita berkongsi info2 dengan mereka2 yang lain ok.. =)

fakta entry kali ini : nama produk dan syarikat Shaklee adalah diambil daripada nama pengasanya Dr. Forres C. Shaklee


 ni la Dr. Forres C. Shaklee.. pengasas produk dan syarikat shaklee

ini ialah multivitamin pertama di dunia yang diciptakan oleh Dr.Shaklee

multivitamin yang kini lebih dikenali sebagai vita-lea


Sabtu, 22 Mac 2014

Perisai dan perlindungan diri dan keluarga di musim Kemarau - vitamin c shaklee, garlic complex shaklee, ESP shaklee

salam readers..hmmm tetiba pulak aku terbangun jam 3 pagi ni.. g minum air jap pastu xpat tido balik..tetiba mata jd segar.. pastu teringat pesanan vitamin Shaklee yg kak ipar aku nak semalam..terus la order untuk dia,,tapi mata masih tak mengantuk so jari ni cergas pulak nak menaip update blog huuu..layan je la..

so ape yang terlintas di fikiran aku skrg ialah masalah batuk,,selesema yang melanda family dan org sekeliling aku.. mak bapak aku,,anak2 buah aku semua alami mslh yg sama..batuk,selesema dan demam..kesian huhu..aku skrg pun dh mula lain rasa tekak huhu..nak tau puncanya apa..KEMARAU DAN JEREBU!!! itu lah fenomena yang melanda Malaysia sekarang,,hampir sebulan dah pun..sedeh2,,tapi bacaan IPU di tempat aku masih ok..x seperti di tempat lain contohnya  di kampung suamiku Klang sana siap ditutup lagi sekolah gara2 encik JEREBU menyerang huhu..jahat2..bkn tu saja,,terdapat tempat2 tertentu di selangor seperti Shah Alam dicatu airnya..teringat pulak masa study di shah alam dulu..so semoga org2 di klang dan shah alam tabah dan sabar..(kesian dgn kanak2 dan org tua)..

balik kpd satu rmh aku kena batuk demam selsema ni,,aku fikir selain bagi diorang minum air kosong banyak2 dan bagi makan ubat dr klinik,,diorang mmg sgt2 perlukan vitamin..mak aku sebelum ni consume vitamin set kurus je dari shaklee..alfalfa, lecithin dan herb lax. bapak aku tak consume ape2 sebab sihat bertenaga katanya..so mereka berdua skrg batuk dan demam..aku bg la diorang makan Garlic Complex dan sustained released Vitamin C.. alhamdulillah,,ade kurang dlm masa 2 hari..cuma tekak msh kering2 dan selsema sikit..aku cakap air kosong tu kena sentiasa minum,,stop dulu air berais..al maklum la cuaca panas kering mmg la minuman sejuk beku dicari.. garlic complex tu mmg berasakan bawang putih 100%,,cuba korg google ape khasiat bawang putih..mcm2 keluar kan..sedangkan Rasulullah SAW pun cakap yg bawang putih mmg elok untuk kesihatan kita,,banyak manfaat nya,,salah satu nya untuk melancarkan peredaran darah dlm tubuh badan kita.. khasiat Garlic Complex Shaklee 

yang kisah anak2 buah aku pulak,,bila dh si abg demam selsema,,berjangkit pulak la dgn si adik..hmm budak2 ni antibodi mmg lemah..sensitif.. selain dr makan ubat dr klinik,,aku sarankan mak bapak diorg bagi chewable vitamin C Shaklee kat diorang..vitamin ni main kunyah2 je mcm gula2 sugus tu tp kenyal lagi la..mmg sesuai pun untuk kanak2..bendenye mmg rs mcm gula2..untuk org dewasa yg x suka telan pil vit c tu..nahhh aku suggest chewable vit c ni.. ok,,balik kpd ank2 buah aku amik chewable vit C tu,,alhamdulillah dlm 2 hari dh menunjukkan hasil positif,,demam tu mmg turun dah,,ni selsema hingus bagai mmg kurang dh,,mak bapak diorg sng ati tgk perubahan anak2..aku pun puas hati..alhamdulillah..bkn ape,,ank2 buah aku sebelum2 ni bila diorg demam selsema bagai mmg ambil masa smpai 4-5 hari untuk sembuh huhu.kesian bahhh.. kalau pasal chewable vit c shaklee ni,,anak cousin aku pun consume jugak..anak cousin aku tu umur 9 tahun..mmg ade mslh resdung,,selalu bersin dan mudah diserang selsema..sampai sekarang dah 3 bulan dah dia bg anak dia mkn chewable vit c tu..mmg dia sendiri cakap ank dia kurang dh bersin dan dlm sebulan tu mmg susah nk tgk selsema menyerang..tu yg dia mmg menjadi pengguna setia utk chewable vit c ni..khas utk anak dia..alhamdulillah la aku mampu cakap..(suka tgk org sekeliling aware dgn mslh2 kesihatan)..bkn ape,,ape yg aku tau chewable vit c shaklee ni mmg membantu meningkatkan sistem immune kanak2..menguatkan tahap antibodi diorg.. pemakanan kanak2 skrg bkn mcm zaman aku dulu..skrg tu haa sikit2 na jajan bagai..mkn pulak nk meggi je,,aiyoo..no good no good.. byk sgt pengaruh2 instant food kat diorg skrg,,lbeh2 lg kanak2 yg kaki tv..mmg menghadap iklan la tiap masa..yg iklan tv pulak ckit2 iklan meggi..ckit2 iklan keropok..mmg xla jika dibandingkan dgn zmn aku dulu tv hitam putih je..ape2 yg aku nmpak kat tv tu langsung x menarik perhatian aku..hehe khasiat Chewable Vitamin C Plus

so readers,, point aku dlm catatan ni luangkan sedikit masa dan ruang untuk kesihatan kita..walaupun kita x sakit..tetapi sebagai perlindungan,,perisai drpd kita diserang penyakit..insyaallah..dunia kita sekarang dah lain..x sebersih seperti dulu lagi..dengan keadaan persekitaran kita yang bila2 boleh menyumbangkan penyakit..adalah lebih baik jika kita mencegah nye terlebih dahulu daripada merawat..sesal dulu pendapatan,,sesal kemudian xde guna dah..ecehhh hehe.. eh aku serius laa..mmg tubuh badan kita skrg memerlukan supplement..aku tau la sebab aku ni insan berpenyakit jugak huhu..asthma,,resdung,,tu mmg aku tu..skrg aku dlm proses mencegah drpd dua penakit tu dtg menyerang aku..aku consume produk shaklee tu..alfalfa complex,sustained released vit c,ESP dan b-complex..haaa kau..nak sihat punya pasal.. bukan ape,,aku selalu cakap kat diri aku,,aku msh nk hidup lama sebab nak tgk anak aku membesar sendiri dgn tangan aku di depan mata aku huhu emosi ckit ye,,aku tau ajal maut di tgn Allah,,tp Allah x menghalang untuk kita berusaha jika perkara itu memberi 1001 manfaat.. ape2 pun sama2 lah kita berdoa semoga kita semua selamat semuanya hehe.. 

so waktu pun nak masuk subuh dah,,nanti2 next entry aku share pasal supplement shaklee lain pulak ye,,yg ni pun aku share melalui pengalaman aku sendiri,,alhamdulillah lah,,kira aku nmpak depan mata la kan kesan dia..so,,ape lg,,sama2 la kita menjaga diri..ape yg baik mohon dikongsi kongsikan..insyaallah sama2 mendapat barakah..

haaaa..ni satu lagi info penting aku nak share..aku dah ade no baru..heee so happy happy day..(sambil bertepuk tangan)..3 bulan aku x berhandphone..alhamdulillah x gila pun..sbb ade sesetengah org hp xde boleh jd gila..haha yela mana x nya zmn skr hp adlh segalanya..tmpt berhubung,tempat mengakses internet,mcm2 lah ade kalau dh bknaan dgn internet ni.. so alhamdulillah sekali lagi rezeki Allah,,thank you very much kat suami tercinta hee..i love u syg..(dpt hp baru,,mn xnye satu hr cakap i love u hehe)..
ok readers..skrg boleh la chit chat free..bergossip mcm2 hehe..aku sgt2 mengalu alukan kalian semua,,kita sama2 belajar,,,sama2 berkongsi kebaikan,,aku ni pun masih naif lagi,,so nk tanya apa2,,ttg kesihatan,,ttg hal2 bkenaan diri kita wanita,,ttg produk2 shaklee,,tanya je..insyaallah aku akan bantu.. 

so feel free lah untuk msj,whatsapp,wechat di nombor 018-9559574 (faten)

shaklee id : 1086944 (nur fatinah ibrahim)
no hp : 018-9559574

  • aku tadi sempat lagi buat tempahan supplement Shaklee,,nak buat ready stok untuk customer2 aku..terutamanya ESP tu..terbaik kau ESP.. so untuk readers semua,,ready stok pun ade disediakan untuk kalian..insyaallah.. 
bawah ni gambar2 supplement shaklee yang aku kongsikan sikit la dlm catatan ni,,





Khamis, 20 Mac 2014

my Blog my Life my Target..kesihatan yang baik adalah bermula dari diri sendiri

assalamualaikum wbt to readers.. waaaa!!! lamanya lah aku x jenguk blog aku ni..rindunyerrr nak menaip.. ini adalah catatan pertama aku di tahun 2014.. so selamat tahun baru 2014 la hehe..(opppss dh buan mac rupanya).. bila bace balik 3 catatan aku sebelum2 ni gelak2 jugak la..btol la kata org,,menaip blog ni umpama menulis diari..bila de masa free gatal la tgn nak belek2 diari tu pastu bace balik part yg paling kita suka..hehe,,sm la mcm blog ni.. aku masih batak2 ckit dgn blog ni..al maklum la newbie katakan hehe.. 

bila difikir balik nape aku lame dh x online blog,,byk la sebab..sebab manis..sebab yg pahit..huhhh... yg manis nye aku dh jadi ibu hohoiii..hampir 3 bulan dh usia si bayi comelku..nnti ade la aku update catatan khas bkenaan baby aku n saat2 ku melahirkannya..what an awesome experience..itu adlh keajaiban dari Tuhanku..pengalaman yg sgt2 manis yg x mungkin aku lupakan..apa2 pun syukur alhamdulillh krn semuanya selamat.. 

sebb yg pahit x bestnye pulak wifi rmh ku mati..2 bulan x berbayar..mana x nye x byr..bil x dtg..mmg xla aku nk byr kat mesin tu tnpa tau amauntnyer berape huhu.. dahtu pulak,,hp smart aku hilang..cun2 seminggu lg nak beranak dia boleh hilang pulak huhu..sgt2 mematahkan semangat aku utk mengonline dan berhubung dgn sesiapa..amik masa dlm 4-5 hari jgk la aku nk terima kenyataan yg hp aku hilang..hp tu la tmpt aku mengadu bermanje bagai..tmpat aku online mengupdatekan diri dgn isu2 semasa.. berfacebook..berwassap..berwechat..huhu..sedeh woo...full stop la dulu ceta psl hp hilang ni..terase emosi yg x best pulak yg dtg ni huhu.. (smpai skrg ni msh xde hp..x terasa pun ia xde hehe,,dh de si comel dpn mata)

selain tu,,lptop yg legging jam yg teramat pun slh satu sbb buat aku mls sgt nk tekan punat on dia.. biasela,,laptop free dr kerajaan,,xpat la nak demand2 sgt kan..ape2 pun aku tetap bersyukur krn laptop tu la aku knl dgn dunia blog ni,,sblom ni bc blog org je hehe.. haaaa..tp skrg,,laptop ku yg dulu bukanlah laptop ku yg sekarang haha.. atas dasar simpati dan kasih syg suamiku terhadapku..dia belikan lah aku laptop,,yela..sebagai penghibur aku di rumah..aku kan fully housewife hee..jaga anak dia lagi yg baru kuar dr perut aku 2 bln yg lps hehe..apa2 pun aku bersyukur sgt di ats rezeki dr Allah ni.. 

so,,target aku skrg aku akn jadikn blog ni umpama diari hidupku,,berkongsi segala ilmu kpd readers semua,,paling aku suka share ttg kesihatan la..bkn ape,,aku nak ubah persepsi org malaysia yg ckp rakyat malaysia ni malas nak amik berat ttg kesihatan diri.. aku xleh main tabur je,,aku kena tunjukkan bukti yg diri kita ni perlu servis dlm luar..sm la mcm enjin.. so sepanjang tempoh aku mengandung sebelum ni mmg aku gunakan dgn terbaik la masa2 rehat aku 9 bln tu dgn mengkaji2 psl kesihatan..  sebabnye selepas ni selain daripada kena jaga diri sendiri yg berpenyakit asthma tegar ni,,aku kena jaga kesihatan si comelku n suamiku..hmm pasti la aku nk terbaik utk kesihatan diorg,, so jadi la aku saintis utk 9 bln..hehe.. 

setakat ni menurut kajian yg aku buat, mmg produk Shaklee adlh jwpn kpd persoalan2 aku selama ni..hmm ye mmg betol produknye berasaskan bahan semula jadi.. ye mmg betol produk nya dicipta melalui kaedah2 dan proses2 yg sgt teliti.. ye mmg betol ia 100% dr bahan organik.. 3 asbab ni jg ade kat supplement2 jenama lain,,dh nmnya vitamin kena la ade 3 perkara td,, cuma yg membezakannya ialah cara vitamin2 tu dihasilkan,ingredient2 utk satu2 vitamin tu..kdg2 ade yg kurg ade yg lebih..kdg2 terlebeh bahan tambahan pulak.. 

ape yg membuatkan aku lebih memandang Shaklee ni ialah ia adlh vitamin pertama yg dihasilkan di dunia..haaa amik kau..kira mak nenek moyang segala vitamin la ni.. so aku fkr balik bila mutivitamin shaklee adlh vitamin pertama yg dihasilkan sudah tentu khasiatnya adlh benarrr berkesan kpd tubuh bdn manusia.. segala testimonial yg aku baca, tgk, dan dengar drpd para pengguna shaklee ni aku x pandang sgt pun sebenarnya..yela fahaman aku dulu testimoni bagai ni saje2 je utk melaku sesebuah produk tu.. so aku amik lgkah supaya cuba sendiri..ms tu aku pregnant 6 bln,,produk pertama aku try Energetic Soy Protein Powder (ESP)...produk yg ni mmg antr yg terlaris.. bkn nk cakap ape la..mmg ESP mmberi kesan kat diri aku..biasalah,,aku ni org berpenyakit..dhla asthma,,mengandung pulak tu,,ape yg aku nmpak la perbezaan aku dlm sebulan lebih aku consume ESP ni,,aku kurg kne attack asthma,,lebih bertenaga dr yg sebelum ni  mane tak nye,,sbelum ni asyik mengadu penat je..jln ckit penat..agkat brg ckit mmg x larat,,kena habuk ckit terus sesak nafas.. alhamduillah..nampk ckit kesan dia di situ..mak aku pun perasan juga yg aku ni tetiba aktif..xde pulak kena turun naik hospital nk dptkn oksigen mcm sebelum2 ni.. so diam2 aku teruskan amik ESP tu..bndenye x rugi ape pun..sedap ade la haha.. so tu slh satu pglmn n merupakan pengalaman pertama aku consume produk Shaklee ni.. btol la kata org kat facebook tu..mmg elok bndenye pun.. 

aku sbnrnya risau tahap kesihatan kita rakyat malaysia ni dh masuk di paras yg membimbangkan sbnrnya.. muda2 dah kne strok..skolah menengah dah ade darah tinggi..br 6 tahun dah disahkan obesiti.. so aku xnak bnde2 mcm ni berlaku dlm family aku..aku mmg sntiasa share dgn diorang..topik wajib aku topik kesihatan la kalau borak dgn kakak2 n adik2 aku.. dan skrg ni lhamdulillah suami aku,kakak2 dan mak aku juga sudah mula mencuba supplement shaklee ni.. 

so readers,,selagi nyawa ini dikandung badan,,selagi tu aku xkan jemu nk tlg org sekeliling aku utk ambil berat ttg kesihatan msg2.. byk lg aku nk share sbnrnya..dan aku skrg ni pun adlh pengedar produk Shaklee yg sah,,so adlh tanggungjawab aku utk berkongsi setiap manfaat dan fungsi setiap jenis vitamin n produk tersebut..semuanya nanti insyaallah akn dikongsikan di catatan akn dtg..skrg ni pun dh lewat..nk pkul 12tgh mlm dh pun huhu..menaip ni pun aku curik masa ckit waktu si comel ku tido..x lame lagi bangun la tu nak menyusu..hehe fully bf tau..alhamduillah.. ok readers,,jmpa lg di next entry..assalamualikum.. 

fatinah ibrahim
shaklee id : 1086944
hp no : 0189559574

  • meh sini aku belanje sikit dengar lagu Black Hanifah yg baru ni..i like...